Saturday, August 31, 2013

Power Pumping




Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
Bila nak buat PP?
Bila bila masa dimana sahaja. memang pada dasarnya bagu sbuat tengah malam hingga ke pagi sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi apa2 jika buat pada waktu lain.Saya buat PP pada waktu lunch di pejabat sambil2 nak solat, nak makan tengahari. Juga dalam perjalanan ke project sites. kan ne tujuan PP ni untuk create more demand.
Jadikan PP amalan
Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan.Saya jadikan amalan 3 kali seminggu WAJIB! dan juga bila2 masa saya ada waktu senggang sementara tunggu flight/perjalanan ke project sites dan sebagainya.
Susu saya banyak.. perlu ke PP?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapai sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. PP ni buatlah amalan.
mana bagus? .. Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..
Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. harus dingat suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza.Jadi adalah lebih bagus PP dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast kang.

kredit : https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/doc/225402294153839/

Wednesday, August 28, 2013

Oh no! Susu kurang!

 Antara sebab- sebab susu kita merundum :-

1. Pam yang tidak kerap
Untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 jam or 3 jam sekali. Jangan putus asa perah susu atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.Insyaallah
 
2. Period
Bila mommies mula period, (dating haid) banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 70% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan merudum.
 
3. Kurang makan dan minum
Bila mommies skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak susu kan? Jadi mommies2 yang bf wajib minum air lebih 3 liter setiap hari..
 
4. Anak dah mula mkn ‘solid’ food
Bila anak dah mula ‘solid food’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu. Mommies boleh kerapkan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus
 
5. Mommies Stress
Emosi mommies berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila mommies gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika mommies stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.