Oh no! Susu kurang!
Antara sebab- sebab susu kita merundum :-
1. Pam yang tidak kerap
Untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang
(stimulate) sekerap 2 jam or 3 jam sekali. Jangan putus asa perah susu
atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap
payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.Insyaallah
2. Period
Bila mommies mula period, (dating haid) banyak darah akan keluar. Bila
banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 70% dari
komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu
akan merudum.
3. Kurang makan dan minum
Bila mommies skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh
ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu.
Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama
susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak
susu kan? Jadi mommies2 yang bf wajib minum air lebih 3 liter setiap
hari..
4. Anak dah mula mkn ‘solid’ food
Bila anak dah mula
‘solid food’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula
kenyang dengan makanan selain susu. Mommies boleh kerapkan sesi pam,
lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu
tidak putus
5. Mommies Stress
Emosi mommies berkait rapat dengan
penghasilan susu. Bila mommies gembira, hormon oxytocin akan terhasil
dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan
susu. Jika mommies stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu
akan terbantut.
No comments:
Post a Comment